Perawi Utama Sunni Dan Syiah: Suatu Analisis Perbandingan Antara Al-Zuhri Dan Zurārah

Authors

  • Wan Ahmad Ikmal b. Wan Mohamed @ Adnan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Mohd Khairulnazrin b. Mohd Nasir Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Keywords:

Perawi, Syiah, al-Zuhri, Zurarah, Perbandingan

Abstract

Perawi utama dalam sesebuah sanad memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga keaslian dan ketulenan sesuatu sumber. Justeru, artikel ini bertujuan untuk memperkenalkan dan menilai secara komparatif antara dua orang perawi utama dalam periwayatan khabar daripada dua golongan umat Islam iaitu Ibn Shihāb al- Zuhrī daripada Ahil al-Sunnah wa al-Jama'ah dan Zurārah b. A'yan daripada Syiah. Bagi menilai kredibiliti yang ada pada dua orang tokoh tersebut, penulis membuat perbandingan keduanya melalui latar belakang keduanya, sumbangan dan peranan terhadap aliran masing-masing, kedudukan dari sudut al-Jarh wa al-Ta'dil, serangan dan kritikan daripada pihak musuh serta taburan periwayatan mereka dalam kitab-kitab utama bagi aliran Ahli Sunnah dan Syiah. Sebagai rumusan, penulis mendapati kredibiliti yang ada pada Ibn Shihāb al-Zuhrī diiktiraf dan disepakati oleh Ahli Sunnah walaupum terdapat usaha untuk menjatuhkan beliau oleh golongan Syiah dan Orientalis. Sebaliknya terhadap Zurārah, kedudukannya diperselisihkan oleh para imam syiah sendiri.Bahkan para ulama Syiah tidak memiliki jawapan yang kental bagi membelanya.

Downloads

Published

2020-12-24

How to Cite

b. Wan Mohamed @ Adnan, W. A. I. ., & b. Mohd Nasir, M. K. (2020). Perawi Utama Sunni Dan Syiah: Suatu Analisis Perbandingan Antara Al-Zuhri Dan Zurārah. Jurnal KIAS, 11(1), 48 - 70. Retrieved from http://www.ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/131