Peranan Siyasah Shar’iyyah Dalam Memelihara Kesejahteraan Wanita: Satu Sorotan
Keywords:
Siyasah Shar'iyyah, Wanita, KesejahteraanAbstract
Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan peranan Siyasah Shar'iyyah dalam memelihara kesejahteraan wanita secara khusus. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian perpustakaan. Ia menyoroti dan menganalisis pandangan-pandangan yang berkaitan di dalam rujukan klasik dan moden bagi memperlihatkan bagaimana pelaksanaan Siyāsah Shar'iyyah secara menyeluruh di dalam memelihara kesejahteraan wanita secara berkesan dan bersepadu. Kajian ini mendapati balhawa Siyäsah Shar'iyyah memainkan peranan utama untuk memandu wanita melaksanakan syariat, melindungi wanita daripada mungkar dan kerosakan, memelihara kebajikan wanita, meninggikan membentuk wanita yang amanah dan bertanggungjawab. Kesemua peranan ini adalah penting dalam memelihara kesejahteraan wanita dan memberi kesan langsung terhadap kesejahteraan keluarga, masyarakat dan martabat wanita dan seterusnya negara.