Institusi Hisbah Dan Pengawasannya Terhadap Aktiviti Muamalat

Authors

  • Hamidi Abdul Ghani Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Ahmad Mujahideen Haji Yusoff Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Keywords:

Hisbah, Pengawasan, Muamalat

Abstract

 Institusi Hisbah merupakan salah satu institusi yang mempunyai peranan besar dalam Islam untuk memastikan segala suruhan Allah S.W.T dipatuhi dan segala larangan- Nya dijauhi dalam kehidupan seharian. Bidang tugas institusi ini amat luas sekali melibatkan seluruh aspek kehidupan manusia sama ada politik, sosial dan ekonomi. Tugas mengawasi aktiviti ekonomi dan muamalat adalah tugas teras dalam sejarah pertubuhan Institusi Hisbah kerana berpunca dari tugas ini, maka lahirlah hisbah dan tersemai sehingga bertambah peningkatan. Pada peringkat awal pertumbuhannya, kegiatan penguatkuasa hisbah tertumpu di pasar untuk mengawasi segala kegiatan urusniaga dan suasana pergaulan supaya tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Kemudian ia berkembang dan tugasnya menjadi semakin luas seiring dengan pesatnya penyebaran agama Islam dan timbulnya masalah-masalah baharu dalam masyarakat. Artikel ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan data dan penganalisaan data. Artikel ini membincangkan Institusi Hisbah menurut perspektif Islam dan mengupas pengawasannya terhadap aktiviti muamalat sehingga melahirkan sistem ekonomi yang mantap dan diredhai Allah S.W.T.

Downloads

Published

2020-12-24

How to Cite

Abdul Ghani, H., & Haji Yusoff, A. M. . (2020). Institusi Hisbah Dan Pengawasannya Terhadap Aktiviti Muamalat. Jurnal KIAS, 13(1), 11 - 26. Retrieved from http://www.ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/149