Ijtihad Rasulullah Saw Dalam Penentuan Hukum

Authors

  • Mohd Saiba bin Yaacob Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Abstract


Artikel ini bertujuan untuk membuktikan bahawa Rasulullah SAW adalah individu yang mula-mula mempelopori kegiatan berijtihad dalam penentuan hukum bagi sesuatu persoalan yang tidak dinaskan secara qat'iy di dalam al-Quran. Untuk tujuan tersebut, penulis telah menganalisa hampir dua puluh permasalahan hukum yang telah diijtihadkan oleh Rasulullah SAW berasaskan beberapa landasan ijtihad sebagaimana yang telah dirumuskan kemudiannya oleh fuqaha' mujtahidin yang muktabar. Sekali gus, artikel ini bertujuan untuk membuktikan bahawa kaedah-kaedah ijtihad yang digunakan oleh fuqaha' mujtahidin dalam penentuan hukum-hukum fekah adalah bersumber daripada al-Quran, al-Sunnah dan landasan ijtihad yang telah dipelopori oleh Rasulullah SAW sendiri.

Downloads

Published

2020-12-22

How to Cite

bin Yaacob, M. S. (2020). Ijtihad Rasulullah Saw Dalam Penentuan Hukum. Jurnal KIAS, 7(1), 37 - 69. Retrieved from http://www.ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/90

Issue

Section

Articles