Perpaduan Nasional Berteraskan Melayu-Islam di Negara Malaysia : Sorotan Kajian
National Unity Based on the Malay-Islamic State of Malaysia: Highlights of the Study
Keywords:
Malaysia, Malay-Islam, national unity, current reality, Melayu-Islam, perpaduan nasional, realiti semasaAbstract
The achievement of national unity in Malaysia is a complex undertaking, necessitating a comprehensive understanding of Malaysia's historical context and the transformative developments that have occurred. This disparity arises due to the unique circumstances prevailing in each country. Malaysia exhibits a rich tapestry of racial diversity. It is commonly characterized as a pluralistic country, wherein minority groups preserve their distinct identities despite coexisting within the larger framework of the majority Malay society. Malaysia is currently undergoing a particular process of social integration, which differs from the neighbouring country of Indonesia. In contrast, Indonesia is experiencing a process of assimilation characterized by the unification of races under a single identity. This assimilation entails the minority race conforming to the identity and culture of the majority race. The primary aim of this study is to examine the various concerns and challenges of national unity within the context of present-day Malaysia. The research approach employed in this article is a qualitative methodology, explicitly utilizing a literature review. Gathering data from secondary sources involves accessing various types of written materials such as books, articles, journals, newspaper reports, and reputable websites relevant to the specific topic being investigated. Data analysis uses non-participatory observation and content analysis methodologies to systematically examine communication content by analyzing relevant documents. The findings of the study indicate that in the pursuit of national cohesion in Malaysia, it is imperative for all parties involved to demonstrate reverence and recognition towards the Malay-Islamic identity. This identity serves as a fundamental cornerstone for fostering unity, given the prevailing circumstances and the historical context surrounding the establishment of the Malaysian nation.
Mewujudkan perpaduan nasional di Malaysia bukanlah suatu perkara mudah malah semua pihak perlu memahami realiti semasa Malaysia dari sudut sejarah dan perubahannya. Ini kerana setiap negara mempunyai realiti yang berbeza-beza. Malaysia memiliki kepelbagaian kaum yang disebut sebagai masyarakat majmuk di mana kaum minoriti mengekalkan identiti masing-masing sekalipun berada di tengah masyarakat kaum majoriti iaitu Melayu. Ini kerana pembentukan Malaysia menerusi proses integrasi dalam kehidupan bermasyarakat yang berbeza dengan masyarakat di negara jiran, Indonesia yang menerusi proses asimilasi di mana wujud penyatupaduan antara kaum dengan satu identiti yang sama dengan maksud kaum minoriti mengikut identiti serta budaya kaum majoriti. Objektif kajian ialah untuk menganalisis isu dan cabaran berkaitan perpaduan nasional berdasarkan realiti semasa di Malaysia. Metodologi yang digunakan dalam artikel ini ialah reka bentuk kualitatif menerusi kajian kepustakaan. Pengumpulan data menerusi sumber sekunder sama ada buku, artikel, jurnal, laporan akhbar serta web-web yang berauthoriti berhubung isu yang dikaji. Penganalisisan data dilakukan menerusi kaedah pemerhatian tanpa turut serta serta analisis kandungan yang bertujuan menganalisis dokumen-dokumen dengan prosedur yang sistematik bagi menjelaskan kandungan sesebuah komunikasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa dalam mewujudkan perpaduan nasional di Malaysia setiap pihak perlu menghormati dan menghayati imej Melayu-Islam yang menjadi tonggak kepada perpaduan ini berdasarkan realiti semasa dan sejarah pembentukan negara Malaysia.