Prinsip-Prinsip Syariah dalam Aktiviti Muamalat
Keywords:
Prinsip, Syariah, Aktiviti, MuamalatAbstract
Muamalat merupakan satu sistem kewangan dan ekonomi yang menjadi peraturan dalam kehidupan ekonomi masyarakat Muslim. Sistem ekonomi dan kewangan dunia sekarang sentiasa mengalami perubahan dan pembaharuan, dan sistem muamalat amat memerlukan peraturan baharu yang sesuai dengan perubahan yang berlaku. Bagi mengurus dan memenuhi keperluan dalam perubahan ekonomi tersebut, sistem muamalat yang menguruskannya itu perlu memiliki prinsip-prinsip yang dapat disesuaikan dengan masa dan keperluan masa kini. Dan dalam masa yang sama, sistem tersebut juga perlu selari dan tidak bercanggah dengan hukum syarak. Justeru artikel ini akan memapar dan membentangkan prinsip-prinsip tersebut dan penjelasan berkenaan dalil dan ulasan syarak yang menjadi kayu ukur dalam pembentukan terasnya. Objektif penulisan artikel ini adalah mengenal pasti prinsip-prinsip syariah yang menjadi teras dan amalan dalam sistem muamalat Islam. Pemakluman tentang prinsip-prinsip itu akan dapat dijadikan kayu ukur ketepatan sistem kewangan masa kini dengan hukum syarak. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang merujuk pada sumber dokumentasi yang muktabar untuk menjelas dan mengupas tentang prinsip-prinsip syariah dalam sistem muamalat Islam. Hasil kajian dapat merumuskan bahawa prinsip-prinsip syariah dalam sistem muamalat Islam adalah selari dengan ketetapan syarak dan ia perlu menjadi suatu panduan terhadap semua urusan yang berkaitan dengan ekonomi dan kewangan khususnya dalam hal-hal berkaitan dengan urusan ekonomi umat Islam.