Perbezaan Etimologi dalam Qiraat al-Quran dan Kesannya kepada Pentafsiran : Kajian Terhadap Perkataan Fa'azallahumā

Authors

  • Ismail Abd Halim Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Azhar Muhammad Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Ikmal Adnan Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS)
  • Ahmad Asraff Ismail Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS)

Keywords:

Qiraat, Pentafsiran, Fa’azallahumā, Kesan Qiraat, Interpretation, Effect of Qiraat

Abstract

Perbezaan qiraat al-Quran bukan hanya menyentuh aspek loghat semata-mata, tetapi ia juga menyentuh aspek yang lain daripada itu termasuk aspek etimologi bagi suatu perkataan. Ini menimbulkan suatu persoalan yang besar mengenai kesannya kepada pentafsiran al-Quran memandangkan aspek etimologi merupakan perkara tunjang bagi suatu perkataan serta mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk berlaku perubahan makna yang ketara. Antara perkataan dalam al-Quran yang terdapat padanya perbezaan qiraat dalam aspek etimologi ini adalah perkataan fa’azallahumā
(dalam ayat 36 daripada surah al-Baqarah. Kajian ini bertujuan mengkaji kesan perbezaan qiraat yang terdapat pada perkataan tersebut kepada pentafsiran al-Quran serta mendapatkan kepastian apakah perbezaannya membawa kepada perbezaan pentafsiran yang ketara serta menentukan fungsi perbezaan tersebut. Kajian kualitatif yang bersifat kepustakaan ini dilakukan secara analisis deduktif dan induktif daripada kitab-kitab muktabar dalam lapangan bidang ilmu qiraat, tawjih qiraat, tafsir al-Quran dan ilmu bahasa Arab. Hasil kajian mendapati bahawa salah satu daripada dua bentuk bacaan yang berbeza tersebut iaitu bacaan fa’azallahumā memberi makna yang lebih luas iaitu menjawab persoalan yang timbul ketika membaca dengan bacaan fa’azallahumā. Selain itu, kajian ini juga telah memandang tepat (tarjih) pendapat yang mengatakan bahawa bacaan fa’azallahumā bermaksud “syaitan menggoda Adam dan Hawa” dan bukan “menghalau atau menggelincirkan” berdasarkan beberapa hujah.

Kata Kunci: Qiraat; Pentafsiran; Fa’azallahumā; Kesan Qiraat

 

The difference in qiraat of al-Quran does not only limited on the aspect of elocution alone, but it also touches on other aspects that including the etymological aspect of a word. This study seeks to examine the influence of qiraat differences found in the word fa'azallahumā (َin verse 36 of surah al-Baqarah on the interpretation of the Qur'an. This is because the differences involve etymological differences and have a high likelihood of significant variations in meaning. This study was conducted through deductive and inductive examination of the books of muktabar in the area of Qiraat, Tawjih Qiraat, Tafsir al-Quran and Arabic language. The outcomes of the study found that one of the two different forms of reading that is the reading of fa’azallahumā gives a broader meaning that is to answer questions that arise when reading the word fa’azallahumā. Moreover, this study also looked at the exact (tarjih) opinion that says the reading of fa’azallahumā implies the meaning of " the satan seduces Adam and Eve" and does not mean "drive away or derail" as based on several arguments.

Keywords: Qiraat; Interpretation; Fa’azallahumā; Effect of Qiraat

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-05-17

How to Cite

Abd Halim, I., Muhammad, A., Adnan, I., & Ismail, A. A. (2022). Perbezaan Etimologi dalam Qiraat al-Quran dan Kesannya kepada Pentafsiran : Kajian Terhadap Perkataan Fa’azallahumā. RABBANICA - Journal of Revealed Knowledge, 3(1), 73 - 88. Retrieved from https://www.ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/217