Bermain Menurut Islam: Konteks Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Playing According to Islam: The Context of Early Childhood Education
Keywords:
Pendidikan, Motivasi Intrinsik, Gaya Asuhan, Perapatan Sosial, Education, Motivation, Parenting Style, Social AttachmentAbstract
Agama Islam adalah agama yang syumul yang sesuai bagi setiap lapisan masyarakat bagi sepanjang zaman. Agama Islam juga menitik beratkan kesejahteraan semua lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak. Dalam aspek pembangunan manusia pula, terdapat panduan-panduan yang telah ditetapkan bertepatan dengan tahap perkembangan masing-masing. Begitu juga bagi kanak-kanak, agama Islam memberi penekanan yang jitu terhadap tahap perkembangan kanak-kanak dengan meraikan fitrah semula jadi mereka yang suka bermain. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tentang bermain dalam konteks Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi kajian perpustakaan untuk mencari maklumat primer yang berkaitan dengan pendekatan terapi bermain menurut pandangan Islam. Maklumat-maklumat yang diperolehi adalah daripada pelbagai sumber seperti buku, jurnal, hadis dan al-Quran serta artikel. Maklumat ini dikumpulkan dan disaring serta dianalisis menggunakan teknik analisis kandungan. Analisis yang telah dijalankan menjelaskan pendekatan bermain yang diperkenalkan oleh barat sebenarnya telah menjadi amalan gaya asuhan yang diajarkan oleh agama Islam dan juga telah dipraktiskan oleh Rasulullah SAW. Justeru, dengan pendedahan bermain diselarikan dengan elemen agama dapat membantu perkembangan kanak-kanak secara holistik merangkumi sosial, emosi, fizikal dan juga spiritual.
Islam is a comprehensive religion that is suitable for every level of society for all time. Islam also emphasizes the well-being of all levels of society, including children. In the aspect of human development, there are guidelines that have been set to coincide with the level of development of each child. Similarly, for children, Islam places great emphasis on the level of development of children by celebrating their nature which is love to play. Therefore, this study aims to examine the views according to the Islamic context on the play-based approach that is generally pioneered by the west. This study uses a qualitative research method through library research to find primary information related to the approach of play therapy according to Islamic views. The information obtained is from various sources such as books, journals, hadith, Al- Qur'an and articles. This information is collected, screened and analysed using content analysis techniques. The analysis that has been conducted explains that the play-based approach has actually being taught earlier in Islam and has also been practiced by the Prophet SAW. Thus, the exposure of playing integrated with religious elements can help the development of children holistically including social, emotional, physical and spiritual.