Peranan Penghasilan Produk Terhadap Prestasi Usahawan Wanita Muslim di Bazar Tok Guru

The Role of Product Creation on the Business Performance of Muslim Women Entrepreneurs at Bazar Tok Guru

Authors

  • Nurul Fazlina Mat Zin Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), 15730, Malaysia
  • Hallieyana Sha’ari Fakulti Syariah dan Muamalat, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), 15730, Malaysia
  • Wan Khalijah Wan Jusoh Fakulti Usuluddin dan Al-Quran & Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), 15730, Malaysia

Keywords:

Muslim Women Entrepreneurs, Product Creation, Business Performance, Islamic Entrepreneurship, Usahawan Wanita Muslim, Penghasilan Produk, Prestasi Perniagan, Keusahawanan Islam

Abstract

The production of high-quality products is essential for ensuring the sustainability and competitiveness of a business, particularly among Muslim women entrepreneurs. Well-developed products not only meet customer needs but also demonstrate professionalism, ethical values, and the entrepreneur’s dedication to conducting business with integrity. In the context of Islamic entrepreneurship, creating beneficial and quality products is regarded as part of ethical practices that foster blessings and business success. However, some entrepreneurs still give insufficient attention to this aspect, which could impact business performance and customer trust. This study aims to examine the relationship between product creation and business performance among Muslim women entrepreneurs in Kelantan. A quantitative descriptive approach was utilised, involving the distribution of questionnaires to 50 Muslim women entrepreneurs operating at Bazar Tok Guru, Kota Bharu. The findings reveal a significant relationship between product creation and business performance, demonstrating that developing high-quality products can improve overall business success. Consequently, this aspect plays a vital role in the growth and innovation of Muslim women entrepreneurs. The study suggests that future research might explore other factors, such as marketing strategies, financial management, and support from the business environment, which also have the potential to influence the success of micro-businesses.

Penghasilan produk yang berkualiti merupakan elemen teras dalam memastikan kelestarian dan daya saing sesebuah perniagaan, khususnya dalam kalangan usahawan wanita Muslim. Produk yang dibangunkan dengan baik bukan sahaja memenuhi keperluan dan kehendak  pelanggan, tetapi turut mencerminkan profesionalisme, etika, dan komitmen usahawan terhadap perniagaan yang berintegriti. Dalam konteks keusahawanan Islam, usaha menghasilkan produk yang bermanfaat dan berkualiti tinggi dianggap sebagai sebahagian daripada amalan etika yang mendorong keberkatan dan kejayaan perniagaan. Walau bagaimanapun, masih terdapat usahawan yang kurang menitikberatkan aspek ini, sekali gus menjejaskan prestasi dan kepercayaan pelanggan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis hubungan antara penghasilan produk dan prestasi perniagaan dalam kalangan usahawan wanita Muslim di Kelantan. Pendekatan kuantitatif digunakan mengumpul data kajian. Seterusnya, data dianalisis dan dihuraikan melalui kaedah deskriptif. Kaedah pengumpulan datamelibatkan pengedaran borang soal selidik kepada 50 orang usahawan wanita Muslim yang berniaga di Bazar Tok Guru, Kota Bharu. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara penghasilan produk dengan prestasi perniagaan. Hal ini membuktikan bahawa penghasilan produk yang baik dapat meningkatkan prestasi perniagaan secara keseluruhan. Justeru, aspek ini memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pertumbuhan dan inovasi usahawan wanita Muslim. Kajian ini mencadangkan agar penyelidikan pada masa hadapan memberi tumpuan kepada pelbagai faktor lain seperti strategi pemasaran, pengurusan kewangan, dan sokongan persekitaran perniagaan yang turut berpotensi mempengaruhi kejayaan perniagaan mikro.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Adenan, H., & Norman, H. (2018). Keyakinan Pelanggan Terhadap Pensijilan Halal Meningkatkan Kesetiaan Pelanggan di dalam Industri Perhotelan di Negeri Melaka. Jurnal ILMI, 8(1), 45–63. https://unimel.edu.my

Al-Qaradawi, Y. (2019). Fiqh al-Zakah: A Comparative Study. Cairo: Dar Al-Tawzi wa Al-Nash Airasian, P., & Gay, L. R. (2003). Educational Research: Competencies for Analysis and Applications (Seventh Edition). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education.

Ahmad Azrin Adnan & Wan Nasyrudin Wan Abdullah (2019). The Role of Halal Certification in Enhancing Brand Loyalty and Competitive Advantage. Jurnal Pengurusan Halal. Vol. 12, No. 2, 45-60.

Ahmad, A. W., & Jasmi, K. A. (2020). Peranan etika pemasaran Islam terhadap kepuasan

pelanggan. Seminar Falsafah Sains dan Ketamadunan, 2(2), 12 Mei 2020, Dewan Maya, Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia

Anis Solehin, H. @ O., & Sharifah, R. S. D. (2020). Keusahawanan Wanita Di Kelantan Berteraskan Model Ekonomi Baru: Hala Tuju dan Cabaran. Journal of Social Sciences and Humanities.

Basir, N., & Sulaiman, W. (2022). Islamic ethical leadership and entrepreneurial performance among Malaysian SMEs. Journal of Islamic Management Studies, 10(2), 45–62.

Barney, J. (1991). Firm resources and sustained competitive advantage. Journal of Management, 17(1), 99–120.

Chua, Y.P. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Creswell, J.W. (1998). Qualitative Inquiry and Research Design: Choosing Among Five Traditions. Thousand Oaks, CA: Sage.

Faika, S. N., & Ilyas, M. (2021). Kewajiban pendaftaran sertifikasi halal pada Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal: Perspektif Maqās id al-Syarī’ah. Shautuna: Jurnal Ilmiah Mahasiswa Perbandingan Mazhab dan Hukum, 9(1)

Lussier, R. N. (1995). Entrepreneurial skills and practices in the small business environment. Journal of Business Venturing, 10(4), 5-14

Memilan, M. (2012). Sample Size Determination In Research Using Krejcie and Morgan formula.

Miano, M., & Bett, J. (2018). Influence of product development strategy on performance of small and medium enterprises: A case of furniture industry in Kenya. International Journal of Business Studies, 3(1), 1–15.

Mohd Maliki, K. Z., & Norasmah, Othman. (2018). Amalan Pengurusan Perniagaan Usahawan Wanita Felcra Berhad. Journal of Business Innovation. Volume 3. No. 1/2018:1-21.

Mohd Shahrir, R., Ahmad Zamil, A. K., Sahadah, A., Syahrina, A., Saudah, A., Norria, Z., Iskandar,A., Armanurah, M., Donny, A. L., & Poespowidjojo. (2017). Asas Keusahawanan Ke Arah Pengukuhan Minda Dan Kemahiran Keusahawanan. Penerbit Universiti Utara Malaysia. Sintok.

Mucollari, H. (2024). Empowering women entrepreneurs: Challenges, strategies, and impact.

Academic Journal of Business, Administration, Law and Social Sciences, 10(3), 45–58. https://doi.org/10.2478/ajbals-2024-0025.

Muhammad Yusof Hakimi, & Kamarul Azmi Jasmi. (2020). Prinsip etika Islam dalam komoditi kontrak derivatif.

Seminar Falsafah Sains dan Ketamadunan, Universiti Teknologi Malaysia, Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Niels, B., & Donna, K. (2018). Global Entrepreneurship Monitor: 2018/2019 Global Report. United States, Babson College.

Nik Maheran Nik Muhammad et al. (2025). Usahawan Wanita Penggerak Ekonomi Malaysia: Cabaran dan Peluang Digital. Jurnal Keusahawanan Kontemporari. (Dapatan kajian merujuk kepada pandangan ahli akademik mengenai pemerkasaan usahawan wanita dalam ekonomi digital.

Norashidah, H., Azizah, O., Armanurah, M., & Muhammad Nasri, M. (2020). Tahap Prestasi Dan Faktor Mempengaruhi Perniagaan Usahawan Asnaf Dalam Program Bantuan Jayadiri. Satu Analisis Deskriptif. International Journal of Islamic Business. Vol. 5 Issue 1. Page 46-58.

Nurul Fazlina, M. Z., Hallieyana, S., & Wan Khalijah. W. J. (2024). Penghasilan Produk dan Prestasi Perniagaan: Kajian Terhadap Usahawan Wanita Muslim di Kelantan. Proceeding of the 1st Global Waqf International Conference 2024 (1st GWIC’24). E-ISBN: 978-629-95248-0-9.

Rossidi, U., Fakhrul Anwar, Z., & Nadhirah, N. (2018). Amalan Etika Perniagaan Islam Terhadap Daya Saing Usahawan Wanita Di Terengganu: Kajian Kes Adeq Sue Resources Sdn Bhd. Prosiding Seminar Antarabangsa AL-Quran Dalam Masyarakat Kontemporari. 15-16 September 2018, hlmn: 398.

Seraj, A., Rahman, M. M., & Karim, M. R. (2022). Product innovation and SME performance: A cross-sectoral analysis. Journal of Entrepreneurship and Innovation Management, 15(2), 120–138.

Sidek, M. N. (2002). Rekabentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori, dan Praktis. Serdang: UPM.

Published

2025-11-30

How to Cite

Nurul Fazlina Mat Zin, Hallieyana Sha’ari, & Wan Khalijah Wan Jusoh. (2025). Peranan Penghasilan Produk Terhadap Prestasi Usahawan Wanita Muslim di Bazar Tok Guru: The Role of Product Creation on the Business Performance of Muslim Women Entrepreneurs at Bazar Tok Guru. RABBANICA - Journal of Revealed Knowledge, 6(2), 41-52. Retrieved from https://www.ejournals.kias.edu.my/index.php/rabbanica/article/view/397